Tuesday, September 16, 2014

GLOBALIZATION:NEW COLONIALISM

Globalisasi merupakan gelombang dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara kita yang mengamalkan ekonomi campuran dimana kerajaan memeberikan kebebasan ekonomi namun mengawalnya untuk kebajikan rakyat. Kesan daripada globalisasi boleh dinilai dari sudut positif dan negatif. Dalam apa-apa aspek setiap perubahan itu mempunyai pro dan kontra, kelebihan dan kekurangannya, begitu juga Globalisasi.
Globalisasi dilihat sebagai ancaman kepada sistem ekonomi tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, produktiviti tenaga kerja sangat diperlukan dalam menjana ekonomi negara.

Globalisasi ekonomi yang menular menyebabkan pertumbuhan syarikat multinasional yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh sebelum hujan. Pergantungan kepada syarikat multinasional ini sebenarnya merencatkan perkembangan ekonomi tempatan. Dalam banyak hal, sebuah syarikat multinasional boleh memberikan produk yang lebih baik berbanding produk tempatan kerana keupayaan modalnya serta kecanggihan teknologinya. Kebergantungan pada produk syarikat multinasional menyebabkan rakyat negara ini menjadi bangsa pengguna dan bukan bangsa pencipta.


Produk yang dimiliki syarikat multinasional yang dimiliki oleh kapitalis bermodal besar dan mampu menjalankan kajian pasaran yang lebih baik berbanding syarikat tempatan yang baru mahu meningkat naik. Daya saing syarikat tempatan yang rendah menyebabkan produk mereka tidak mendapat tempat di hati pembeli sehingga menyebabkan syarikat tempatan ini terkubur. Terkuburnya syarikat atau produk tempatan menyebabkan rakyat dan negara hanya bergantung pada produk luar.


Globalisasi dapat dilihat sebagai satu penjajahan bentuk baru. Jika dahulu penjajahan dilakukan dalam bentuk penaklukan sesebuah negara bagi mengaut hasil bumi sesebuah negara yang menjanjikan pulangan ekonomi kini, sebuah negara dijajah lagi melalui globalisasi ekonomi. Pasaran bebas memberi peluang kepada syarikat multinasional yang kebanyakannya milik bekas penjajah yang memiliki modal yang besar melabur dalam sesebuah negara. Rakyat sesebuah negara diambil sebagai buruh dan kemudian produk yang dihasilkan turut dibeli oleh rakyat negara itu sendiri. Secara tersiratnya walaupun pelaburan ini memberikan pulangan ekonomi namun ia sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada golongan pemodal.


Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi "Sesungguhnya globalisasi seperti yang dilihat hari ini, hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk keuntungan yang kaya terhadap golongan miskin dan untuk manfaat blok utara yang kaya tehadap blok selatan yang miskin” Kenyataan tersebut jelas menunjukkan kesan negatif globalisasi. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.


Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia pula dilihat berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar di antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada di blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. 


Begitu jugalah, dengan wujudnya WTO, kemiskinan dan penindasan akan berterusan. Hal ini kerana WTO membentuk satu persaingan bebas dalam perdagangan. Sudah pasti, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Justeru, inilah "penjajahan lama yang berwajah dan bernama baru.


.

DILEMA BERHENTI KERJA DAN SOLUSINYA

Amaran : Boleh menimbulkan polemik.Sila gunakan akal dan hemah jika mahu komen.

Sembang dengan member pasal membangun ekonomi sendiri.Kendian ekonomi bersama.Bila part ekonomi bersama we come to an issue : BERHENTI KERJA.
There's a lotttt of opinion,tazkirah and we finally conclude the issue with this key point.


  1. If your husband ask you to quit your job you have to do that.
  2. As a wife,before get married must know she must do what her husband ask because of Allah.Buat untuk redha Allah.Taat pada manusia dan taat pada Allah kena faham,kalau tak taat jadi sia-sia.
  3. The husband MUST tarbiah not ugut,perli or paksa her wife coz a wife who lack of tarbiah will definitely against you
  4. The husband himself must practise what he preach because the wife would use your weakness as a weapon to go against you(sounds smooth huh?)
  5. The husband as leader MUST be super cerdik to plan on what his wife can do(if his wife insist to work because of money-but this won't happen if his wife knows that money is a paper).Maybe its an online shop,home tutoring/tution(if his wife really love teaching and can't let go her passion in giving education meanwhile education is a way to build up ummah) or maybe making and selling frozen food(providing a halal food for ummah but yet your wife don't have to meet people too often right?
  6. Number 5 point must be done to make sure your parent and in law who different fikrah won't hate you for 'ruining' their daughters life(please do because its tiring to explain them while they insist to see a profit)
  7. Both must discuss this matter in a critical thinking way so that they can come up with a solution,a profitable plan for this life and afterlife not just wasting time "bertekak" and please during discussion do mention the life of Saidina Ali and Fatimah to soften the heart of your companion like my friend did.


  • The friend I talk to is actually Anep Hanif Firdaus (Which is my schoolmate at SMK Sg Kruit,Sungkai Perak).Well he still single and searching for soulmate.hehehe

WE ARE ALL TO BLAME

Bila dunia menjadi puncak.bila alat jadi tujuan.Bila kapitalis meraja maka siapa harus kita salahkan?Bak kata SUM 41 yang melalakkan “we are all to blame”.We want it all right?But yet we don’t want to make any sacrifice but yet we have to sacrifice…ourself and our next generation.Bila hidup mahu itu,mahu ini.Mahu mudah mahu senang.Kemahuan sudah seperti keperluan.Nafsu tak ditahan-tahan.Sudahnya ditunggang nafsu.Sudahnya sendiri yang azab.
Tuhan telah bercakap pada kita dalam kalimahnya.Dalam Ar-Rum.
"Telah jelas kerosakan di langit dan bumi kerana tangan manusia."
TANGAN MANUSIA.
Siapa manusia?Kau.Aku.Dia.Mereka.Kalian.Kami.Anda.Ke anda itu lembu?bukan?Tahu pula menjawab tapi masing-masing cara fikir serupa orang tak diberi akal.Pertukaran tempat nampaknya.Otak di lutut,nafsu di kepala.Chantek.sangat.
Dan kerana material jadi agung.Maka kau sendiri menanggung.Aku bukan menolak pembangunan.Aku sendiri hidup tak melestari alam.Tapi kalaupun aku tak pakai hybrid car,tak pakai nfon perlukah aku diam kalau nyata-nyata loji pembunuh mahu ditubuh?
Tapi anda boleh saja memaki aku:
“Senyap la kau,rare earth tu yang guna buat bateri i-phone kau,BB kau”
Aku jawab
“Syial..aku tak pakai i-phone,BB pon tak”
“Senyap lah kau.Bateri dalam nfon bodoh kau pon pakai rare earth”
Baik,aku patut diam.We want it all.with no sacrifice.
Aku tak anti pembangunan.tak anti lestari alam.aku sentiasa lalang.Tapi yang pasti dunia kan rosak kerna tangan kita-kita.Teruslah merosakkannya.Tuhan nak kita tahu dan fikir takde apa yang manusia buat mampu tandingi DIA.Kau konon-konon teknologi kau hebat.Tuhan bagi tsunami,banjir..elok camne kau tanam sisa radioaktif kau tu…bocor jugak dia…mampus jugak sape yang sedut,minum,makan.

Ni cerita masa Lynas gempak 2012 dulu.Terbaru dua kes kat Pahang.Ya Pahang lagi.Aku taknak cakap politik kat sini.Aku nak cakap dan nak share awareness pasal dua kes melibatkan Taman Negara.Dah nama Taman Negara mestilah kawasan yang supposedly dilindungi tapi kapitalis-kapitalis ni sodok ikut suka dia je.Satu kes berdekatan Taman Negara Tahan di dalam daerah Jerantut.Nothing cant replace nature.Ngko nak tunggu semua pokok,semua sungai jahanam baru ko nak sedar yang duit tu tak boleh bagi kau oksigen,bagi air??Kes di Taman Negara ni ialah diorang sodok hutan untuk ternak ikan sturgeon.Sturgeon ni hasilkan kaviar yang mahal.Jadah dia la,baik dia hidupkan industri makanan halal takde la umat manusia kat Malaysia ni kena makan DNA Babi je.Tingkatkan eksport?Blah la ko hai.
Satu lagi kes di Kenong Rimba Park kat area Lipis-Jerantut,pergi tebang pokok.Clear kawasan.Katanya kawasan lombong emas.

Duhh aku harap sangat la orang kampung tak termakan pujuk rayu buat senyap dengan pampasan sekali 3,4 ribu je.
Kat sini aku share 2 link.Tolong follow dan ikuti perkembangan.Kalau ada nak sign petisyen,please do it.

1.KAMI BANTAH PROJEK PENTERNAKAN STURGEON DI KUALA TAHAN
2.SAVE KENONG RIMBA PARK


P/S:.Buat benda biar pakai otak jangan ikut duit kau boleh lantak.

Taaruf beb,taaruf dulu.

Kepada pengikut sembang deep gua di Facebook,selamat datang gua ucapkan.
Ya,Blog dah tak cool sekarang ni tapi kalau gua tulis panjang-panjang kat FB tu sape nak baca woi?
Blog ni untuk orang rajin membaca macam korang.Jenis exam jawab kertas berkajang-kajang.
Jadi selamat menikmati sembang deep sambil-sambil minum kopi.
OK pendek cerita,sembang deep ni akan bercerita tentang semua benda yang difikir,dibincang secara deep.Tapi kalau ko nak yang berfakta sahih,kau pergi la bukak ensiklopedia.Ni cerita by heart.Bro,bro punya sembang.Awek,awek punya pillow talk dengan bestfriend,sembang syahdu makcik-makcik,sembang pengalaman pakcik-pakcik.Kira semua yang manusia lain cakap,buat,sampaikan,cerita dan kemudian gua digest semua sekali mengikut sudut pandang,kacamata,lens,perspektif gua.Mungkin ada bias,itu lumrah sebab gua manusia.Tapi mana yang baik,ngkorang fikir-fikirkanlah.Kalau songsang,tegur gua cara baik.Gua bukan nak menunjuk pandai,kalau betul salah tolong bagitahu.Life ni siri pelajaran.Gua terima semua benda tu untuk mendidik tapi selaku manusia beremosi kalau diherdik darah gua pun naik.Hehe.
Lagi satu sembang deep ni kekadang dia guna gua,kekadang guna aku,kekadang guna saya,kekadang guna I dan harap bersabar dan berilah kebebasan gua untuk berkarya menggunakan kata ganti nama diri yang gua suka dan selesa.
Baiklah,sekian taaruf.


*Jangan haraplah gua nak tepek gambar kat sini,kecuali gambar makanan sekadar mengeliurkan ngkorang semua.